|
|
Graduan Menganggur; Tidak terlalu bergantung, berdikari asas kejayaan dalam alam pekerjaan. |
|
Berita di TV3 bertajuk Makin Ramai Graduan Dapat Pekerjaan, (Sabtu, 6 Jan 2007) mencerminkan usaha kerajaan yang tidak mengabaikan keluh kesah graduan yang menganggur.
Namun, persoalan timbul, apabila graduan yang menganggur ini, gagal mendapat pekerjaan atas beberapa faktor, tidak terkecuali graduan dari UPM sendiri. Adakah kegagalan mendapat pekerjaan dalam pasaran disebabkan oleh kurangnya penawaran pekerjaan di sektor swasta?
Mugkinkah juga, citarasa rakyat Malaysia yang terlalu memilih?
Atau mungkinkah juga, graduan hanya layak mendapat pekerjaan dengan gaji yang setimpal dengan ijazah mereka, dan hanya kerana itu, graduan sama sekali enggan bekerja buat sementara di stesen pam minyak, menjadi jurujual kedai runcit, dan kerja-kerja bawahan?
Mata-mata JAMIS UPM meninjau dan memperhatikan perkara ini sejak sekian lama, dan mendapati banyak mahasiswa yang sudah mulai bekerja sewaktu mereka sedang menjalani pengajian. Adalah tidak munasabah sekiranya mahasiswa gagal mensapatkan pekerjaan apabila bergraduat kelak.
Dengan berbekalkan ilmu di dada, dan segulung ijazah di tangan, mahasiswa yang telah bergelar graduan, seharusnya layak untuk mencipta pekerjaan sendiri menerusi pelbagai saluran dan unjuran.
Sama-sama kita renungkan.
Mata-mata JAMIS UPM, 8 Januari 2007. |